Friday 27 December 2013

MY PEBERET KOREAN MOVIE
49 DAYS



Drama korea "49 days"  berkisahkan tentang seorang wanita dari keluarga kaya Sin Ji-Hyeon ( dilakonkan oleh Nam Gyu-Ri ) yang tak lama lagi dapat berkahwin dengan tunangannya Bae So-Bin, namun namun mengalami kemalangan yang membuatnya koma yang kemudiannya ke pintu kematian. Rohnya yang sudah meninggalkan tubuhnya bertemu dengan "malaikat" Song Yi-Soo ( dilakonkan oleh Jung Il-Woo ) yang bertugas mengumpulkan roh orang mati. Melalui Song Yi-Soo, Sin Ji-Hyeon akhirnya dibantu untuk kembali ke kehidupan nyata dengan meminjam tubuh seseorang, Song Yi-Kyeong ( dilakonkan oleh Lee Yo-Won ).

  Untuk terus hidup, dia diharuskan mengumpulkan air mata yang tulus dari 3 orang yang mencintainya( kecuali ahli keluarganya) selama 49 hari ( didalam agama Budha, dipercayai bahawa roh seseorang yang sudah meninggal ada dalam periode transisi sepanjang 49 hari, dimana karmanya sepanjang hidup dapat memastikan bagaimana rohnya dapat bereinkarnasi pada kehidupan setelah itu ).
Apakah Sin Ji-Hyeon dapat memanfaatkan 49 harinya itu ? mampukah dia memperoleh air mata dari tiga orang yang tulus mencintainya ?

 Baca sinopsis 49 Days dibawah ini;

Sinopsis 49 Days Episode 01
Sinopsis 49 Days Episode 02
Sinopsis 49 Days Episode 03
Sinopsis 49 Days Episode 04
Sinopsis 49 Days Episode 05
Sinopsis 49 Days Episode 06
Sinopsis 49 Days Episode 07
Sinopsis 49 Days Episode 08
Sinopsis 49 Days Episode 09
Sinopsis 49 Days Episode 010
Sinopsis Drama 49 Days Episode 011
Sinopsis Drama 49 Days Episode 012
Sinopsis Drama 49 Days Episode 013
Sinopsis Drama 49 Days Episode 014
Sinopsis Drama 49 Days Episode 015
Sinopsis Drama 49 Days Episode 016 Part 1 Part 2
Sinopsis Drama 49 Days Episode 017
Sinopsis Drama 49 Days Episode 018 Part 1 Part 2
Sinopsis Drama 49 Days Episode 019
Sinopsis Drama 49 Days Episode 020 Part 1 Part 2 Tamat

notakaki : sinopsis ni dipetik dr blog ristizona.com dr indonesia. jd agak kurang dipaham sedikit. sebaiknya tgok full movie la .lg best . :))

sedikit tentang gambaran cerita tersebut :



# :')

Thursday 26 December 2013

Brazil jadi Kutub Utara manakala India jadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka membeku 2015?

 

Manusia suka kepada perkara ganjil. Bersediakah kita semua untuk menyaksikan fenomena yang menakutkan? Kata Nabi saw :apabila mendengar berita tentang "Pemuda Bani Tamin dan Bendera Hitam dari Timur", segeralah kamu ... walau terpaksa merangkak di atas "salji"  maka, hadis berkenaan menceritakan tentang kesusahan merangkak atas "salji" (salji tebal). Pada asalnya kita anggap ia (hadis) hanya untuk negara Russia atau negara2 sejuk.Ia amat janggal bagi umat Islam di tanah Arab dan Asia Tenggara.  Amat tidak munasabah bagi kita di Asia Tenggara ini.


Tetapi bayangan mengenai salji itu seolah menceritakan kesusahan yang bakal terjadi (kepada umat Islam) kerana salji menutupi bumi. Memandangkan majoriti penganut Islam berada di daerah panas termasuk kita di Malaysia, ia cukup mencabar akal kita. Rasulullah saw adalah benar, baginda tahu apa yang kita tidak tahu.

 

Kini semakin hari semakin jelas perubahan sedang berlaku dimana negara yang dahulunya bercuaca panas pasti akan beralih menjadi negeri bersalji satu hari nanti. Kebenaran hadis tersebut semakin nyata.

 Jangan panik atas kejadian di Mesir dan Vietnam. Malaysia juga bakal menerima nasib sama malah mungkin lebih teruk darinya satu hari nanti. Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Maha Adil. Kenyataan alHadis: "matahari akan keluar dari Barat" akan berlaku melalui satu kejadian peralihan kutub dari utara ke selatan begitulah sebaliknya. Jika ingin ditafsirkan bahawa kiamat semakin dekat, tiada salahnya. Sememangnya kiamat semakin hampir bukannya semakin menjauh.

MATAHARI AKAN KELUAR DARI BARAT



 PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH

 

 Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.
Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.


Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.


Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.

Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.



Khatulistiwa pula berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.



Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.
Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.



Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".


Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?


 Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. 



Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.
Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "
“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".
 

 
Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.


Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.


Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. (Persoalan yang mungkin timbul ialah, jika sekiranya India menjadi kutub nanti bagaimanakah caranya kita hendak pergi ke Makkah? Laut sekitar India telah membeku, menghalang lalulintas laut. Penggunaan kapal terbang juga terganggu kerana kabus tebal. Mungkinkah kita perlu berjalan kaki mengharung salji untuk ke sana?)


Apapun kita tahu Allah Maha Adil, Tambahlah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.

- Harakatul Muqawamatul Islamiyyah


KOMPAS

Kalau ikut arah utara kompas untuk ke Kutub Utara, belum tentu kita sampai ke Kutub Utara sekarang ini. Keadaan medan magnet bumi kini sudah berganjak pada kadar 40 batu setahun. Saintis mengatakan ia perkara normal, tapi anehnya mereka mengatakan ia hanya berlaku dalam kekerapan 100,000 tahun sekali; sudah tentu kalau dikira dalam sejarah kewujudan manusia dibumi ia bukanlah sesuatu yang normal untuk umat manusia.

 

Ia juga menjadi semakin memberi kesan terhadap kegiatatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Ia memaksa lapangan terbang tersebut ditutup selama sebulan bagi kerja-keja pengubahsuain.

 

Kedudukan arah baru itu bagi mengambil kira anjakan medan kutub utara, yang berganjak dari Kanada Utara kearah Russia pada kadar 40 batu setahun. Ini bermakna arah kompas kita berganjak 40 batu menghampiri Russia bebanding setahun lalu. Kira-kira setiap 5 hingga 10 tahun, anjakan kutub magnet bumi akhirnya akan mengakibatkan jajaran kompas and arah utara sebenar semakin ketara. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

 

 Wandering of the Geomagnetic poles
Movement of magnetic poles from 1590 to 2010

The magnetic poles or dip pole are computed from all the Gauss coefficients using an iterative method. Magnetic poles derived in this fashion are more closer to the experimentaly observed poles. Based on the current WMM model, the 2010 location of the north magnetic pole is 84.97°N and 132.35°W and the south magnetic pole is 64.42°S and 137.34°E. The Google map below illustrates the movement of the magnetic poles during 1590 to 2010 derived from the GUFM (1590 – 1980) and IGRF (1981 – 2010) models. The GUFM model (Jackson et al., 2000, Four centuries of geomagnetic secular variation from historical records, Phil. Trans. Roy. Soc. Lond. A, 358, 957- 90.) covers the period 1590 -1990 and is based on ship log data. The path reflects the chaotic and independent movement of magnetic poles. For example, the present rate of progression of the north magnetic pole (55 km/year) is significantly higher than that of the South Pole.

 Figure. Trace of the magnetic dip poles during 1590 - 2010 as derived from geomagnetic models. Click on the icons for the year. 
The magnetic field from 1590 - 1980 (green line) is given by the GUFM model, while the field from 1980 - 2010 (red line) is given by the 10th generation of the IGRF. The locations of the poles (1590-2010) are available for
download here: North Pole , South Pole.

http://www.abovetopsecret.com/forum/thread840886/pg1

 c/p : http://abatasa2.blogspot.com/2013/12/brazil-jadi-kutub-utara-manakala-india.html?m=1

Wednesday 25 December 2013

fakta tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu :)

 1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cantik. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

  2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.
3-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

4-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

5- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

6-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

7-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

8-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis yg dia suka.

9-Lelaki kurang gemar bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
10-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

11-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

12-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
 13-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

14-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

15-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

16-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

17-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

18-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.
 
19-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka !
20-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

21-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.
22-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

23-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

24-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

25-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.
26-Lelaki sayang ibu mereka.

27-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

28-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

29-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

30-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.
31-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

32-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.
33-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.
34-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

35-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

36-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.
37-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.
38-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.
39-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

40-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

41-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

42-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.
66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

43-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

44-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

45-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

46-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.
47-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

48-Lelaki terlalu banyak berfikir.

50-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.
51-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

52-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

53-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

54-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

55-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.
56-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

57-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

58-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

59-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

60-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

61-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

62-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

63-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)
 abish.
 





 

Wednesday 18 December 2013

-------------------------------------------------------------------------------------------------
agAknYa meMang beGitU....

         
tapi tak semua impian itu INDAH di mata orang lain.
tak semua harapan itu MULIA dimata orang lain.
tak semua pilihan itu BAIK di mata orang lain.
 kan ....
 
Kita takut dengan silap.
Silap tak takut dengan kita.
Kita lari dari kesilapan,
kesilapan kejar kita.

Ah, hidup.

Aku melalui perkara yang sama.
 Aku lalui dilema apa yang kau rasa.
Kita manusia tak pernah lepas dari ketakutan untuk berlaku silap dalam hidup.
Aku masih tak mampu mengamalkan apa yang aku mahu katakan ini,
tapi aku dapat merasakan jikalau aku tak mampu lakukannya, sekurang-kurangnya dengan ingat-mengingati,
aku dapat menguatkan tembok diri seorang manusia lain.
Biarpun tembok diri sendiri tak sekebal mana.



CANTIKNYA LELAKI . HEBATNYA WANITA.


Nak tahu di mana kecantikan lelaki?

ciri-cirinya lelaki yang cantik ialah :
1. Lelaki mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2. Lelaki yang sedia menerima teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang sentiasa bersangka baik
6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri atas kemuliaan hatinya. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.


Dan di mana kegagahan seorang wanita? 

Ciri-ciri Wanita Yang Gagah Adalah:
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung rindu setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan


Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Kegagahan perempuan berdiri atas teguhnya iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.



"Sometimes an intelligent girl can be the stupides human being because of love.."


setuju tak dengan statement kat atas? tak rasa betul ke? tak rasa ke kekadang, perempuan akan menjadi sangat lemah bila masuk bab-bab cintan hati dan perasaan ni. bijak genius macam mana pun, akhirnya akan buat jugak benda-benda bodoh yang tak masuk dek akal.
 
lemah kan perempuan bila sudah jatuh cinta. 
sebab sedaya upaya dia menjaga pasangannya. Sampai lelaki rimas dan di anggap terkongkong. 
kurang bijak dah perempuan bijak itu. patutnya jangan over protected. biar jugak lelaki melalui life diorang dengan kawan-kawan especially. 
lagipun, perempuan kan pakar dalam memendam perasaan, makan hati. so, pendam  jela kan?


bila ada lelaki mula masuk jarum. memang mula-mula jual mahal. tapi keras macam kerak nasi jek. lelaki hebat dalam bab ayat-mengayat ni. serius. ayat manis sampai boleh kena potong kaki sebab kencing manis. sampai perempuan bijak pun boleh tertipu. boleh tersangkut. jadi buta dah tak tahu mana baik mana buruk. kalau si jejaka ikhlas tanpa secalit penipuan dan kepalsuan takpela. tapi yang memang niat dari azali nak buat main tu..dan sekali lagi perempuan jadi bodoh kan? sampai ada yang give up dalam hidup. pegi bunuh diri sesuka hati. tak kurang yang menangis macam esok dah takde. yang jiwa kacau tak tentu pasal.


"EVEN IF I HAD A MILLION REASON TO LEAVE YOU, I WOULD FIND ONE TO STAY"


sweet tak? sweet kan.tapi cynically, it’s stupid. rubbish. perempuan lemah, sakit hati macam mana pun, terasa makan hati macam mana pun, mata bengkak nangis sorang-sorang pun, masih terhegeh-hegeh setia jugak kat lelaki. sebab ketulusan dan keikhlasan kasih dalam hati dia buat si lelaki. yang dipercayainya separuh mati. sampai bodohnya mereka hingga tergadai maruah diri. yang kemudian habis madu sepah di buang. Salah siapa? perempuan yang di katakan bodoh lah kan?


perempuan terkenal dengan sifat lembut dan mudah terasa serta merimaskan kadang-kadang. kalau ada yang tak kena, mesti merajuk. rimas kan? tapi insan itu jugalah yang akan risau separuh mati bila suaminya nanti sakit. bila suaminya lapar. bebelan yang membingitkan telinga itulah nanti menjadi satu kerinduan buat seorang lelaki bila perempuan miliknya telah tiada. dan kalau dah tau tak sanggup menahan kerimasan dan kejengkelan perempuan, buat apa didekati? buat apa disentuh hati nya? kalau belum sedia, janganlah mencuba. Persoalan di situ. dan pengakhiran sebuah kisah, perempuan jugak di persalahkan, sebab terlalu mengharaplah, gedik atau apa sahaja.  
 
hebat kan lelaki. lemah kan perempuan kerana terlalu mengasihi?


tapi aku akui, bukan semua lelaki begini,bukan semua wanita begitu.
 
 
kesimpulannya, tak usahlah terlalu mencari cinta manusia. sebab dah memang tertulis di loh mahfuz siapa yang akan menjadi teman sehidup dan semati kita. tunggu masa jak.
kejarlah cinta hakiki milik Ilahi. Jangan dustakan cinta-Nya.


    menjadi peringatan diri sendiri juga. Sekian

Tuesday 17 December 2013

--------- metafora ----------

"Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi,
 Tapi benarkah hidup aku kan selama ini...?

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi,
 Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini..?"

Imran Ajmain , Seribu Tahun


Bukan semuanya Imran Ajmain, 
yang sanggup menunggu cintanya untuk seribu tahun lagi. 
Bukan semuanya Imran Ajmain, 
yang sanggup mengejar cintanya untuk seribu batu lagi.

Hati yang pernah sekali tegar dalam cinta, 
kadangnya akan rapuh dan penat untuk sentiasa memberi dan kini menghulur tangan untuk menerima.


"Yang selalu memberi, ingin sekali sekala jadi penerima.."

Imran Ajmain, Selamat Ulang Tahun Sayang 


Metafora dan hiperbola puitis seni sesuatu lirik kadangnya membuat aku mengharapkan cinta aku sehebat kata-kata pujangga, 
walhal di dasarnya cinta bukan sekacang itu. 










Kau rasa?