Wednesday, 8 January 2014

at the moment....

aku rasa hidup aku makin bersimpang siur.
semakin lama semakin tenggelam di dalam air.

semakin tidak matangkah aku dalam berfikir?
atau cuma aku yang selalu terlebih berfikir........


kali ini aku diam.
naik dan mendiamkan diri dalam selimut.
memejamkan mata sambil mendengarkan satu persatu cerita & bunyi game yang dimainnya.

aku dengar bunyi sms masuk.
bunyi suara dan keluhan diluahkan sepenuh perasaan.
lagi. dan lagi.

selama beberapa minit cuma bunyi sms.
dan bunyi game yang dimainkan.
seolah-olah aku tak lagi mendengar bunyi nafasku sendiri.

terlalu sunyi.

aku bangun.
cuba untuk menenangkan diri.
kejernihan itu mengalir hampir setengah membasahi baju.


aku lap mata dengan belakang telapak tangan.
kulemparkan gelas ke dinding.
Hoi ! aku dengar dia jerit.
dan bunyi tapak kaki berlari naik.


aku mencari cebisan kaca yang sempurna.
cebisan yang penuh dengan kilauan.
indah.
kutemu dan langsung kutelan.

bagaimanakah agaknya rasanya bersendirian?


Lupakan. lupakan..