Wednesday, 18 December 2013

CANTIKNYA LELAKI . HEBATNYA WANITA.


Nak tahu di mana kecantikan lelaki?

ciri-cirinya lelaki yang cantik ialah :
1. Lelaki mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2. Lelaki yang sedia menerima teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang sentiasa bersangka baik
6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri atas kemuliaan hatinya. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.


Dan di mana kegagahan seorang wanita? 

Ciri-ciri Wanita Yang Gagah Adalah:
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung rindu setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan


Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Kegagahan perempuan berdiri atas teguhnya iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.


No comments:

Post a Comment