Monday 17 February 2014

Resepi Ais Krim Oreo


Pernah rasa tak aiskrim oreo yang ada kat McD tu ?
rasa tak kenikmatan dia macam mana.........
semalam aku ada try wat aiskrim ni.... 
buat punya buat, ingatkan tak menjadik . rupanya menjadik jugak .

bahan-bahan yang aku guna simple jerk. 

 Susu UHT penuh krim

 Susu pekat F&N 
(ni kire amik separuh jek la. lau guna semua silap-silap kena potong kaki woo.~)

 Ovalet.
(ni pungsi dia untuk bagi keras ais tu . so agak2 la nak taruk macam mane ye . 
sesudu ke, dua sudu ke.... dah beso kan, mesti taw dah nak agak camane. huhak )

 Biskut OREO
 (hah. dan ni kira heroin la dalam bahan bahan yang telah dinyatakan diatas
. sebabnye kalau dia ni takde, bermakne dia dah tak jadikk eskerim oreo dah. dia jadi eskrim vanila . jadi kalau nak tukar biskut len , 
pastikan tajuk dia pun bertukar jadik nama eskrim yang korang tukar tu.......)

ok .
Mula-mula , kita hancurkan biskut Oreo tu dalam satu bekas. jangan hancurkan sampai lumat plak. hancur-hancur manje jerk . haha
nampak tak kehancuran dia yg ala-ala manja tu . wahahaa. 

kemudian. sediakanla blander . xnak guna blander pun takpe . kacau-kacau gtu pun boleh. tapi makan masa la. kalau buat pagi mebi tengahari pun x gebu lagi . sebab kite nak aiskrim yg gebu-gebu ala-ala baby korea gtu.. cewah....

so...aku masukkan SUSU UHT tu kat dalam blander bersama-sama susu Penuh Pekat tadi.
lupe plak nak amik gambar susu Penuh Pekat tu.

 pahtu, aku masukkan ovelet 2 sudu.
*blander la dengan berhati-hati.

 Kemudian, aku masukkan sedikit oreo yang aku hancurkan td. sedikit jer . 
bukan semua.
*blander lagi.

pahtu aku masukkan semua oreo td . jangan blanderr dah .
  just kacaw-kacaw gitu jak guna sudu.

 untuk lebih dramatik lagi, aku guna bekas yang sama semula. haha .
kemudian,  sejuk bekukan dia dalam peti ais beberapa jam sehinggala dia membeku seperti ais krim normal. haha . cam pelik jak ayat aku.


ok done. 
setelah sejuk, bolehlah terus dibaham.
ini setelah dijamah beberapa kali..

selamat mencuba.

Friday 14 February 2014

K A S U T
Cuba letak kaki kau
ke dalam kasut aku
cuba kau rasa sendatnya
ketatnya kasut aku

dengan kasut itu cuba kau berjalan
rasakan kerikil di tapak aku
kaca bersepai yang menjamah aku
dalam kasut aku
kau dapat lihat dunia dari mata aku
dalam kasut aku
mungkin kau baru tahu 
kenapa aku jadi aku.
                                                                                                      

Thursday 13 February 2014

JALAN-JALAN CARI BARANG












Agak-agak yang mana best buat doorgift tuk budak-budak eh ?

Tuesday 11 February 2014

Fakta Menarik Tentang Manusia

 1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang. 
 
3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.

4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.

6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.

 9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
 10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas. 
 
11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295 kali ketika makan malam. 
12. Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
13. Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.
14. Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.

15. Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
16. Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
17. Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
18. Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
19. Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
20. Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
21. Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
22. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
23. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
24. Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
25. Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
26. Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.

 MELALUI HARI-HARI...
--------------------------------------------------------

Perempuan itu tidak rumit,
Ia cuma selalu gagal dalam hal-hal melupakan.
Sebab akalnya kurang.
Hatinya rapuh.

Dan perempuan itu,
kini sudah sempurna.
Dengan luka-luka semalam,
dan parut kelmarin.
Justeru menjadikan dia,
lebih indah dari sebelumnya...




Sunday 9 February 2014

Perlahan-Lahan ku Terima.......


Banyak kejadian yang tidak diduga sepanjang tempoh 2014 ni berlangsung.
ada pahit. ada manis . 
ada yang panas . ada yang tak berapa nak panas .
ada yang sejuk . ada yang tak seberapa nak sejuk .


semuanya aku lalui dalam satu proses yang aku panggil HIDUP.



Mendapatkan sesuatu yang paling di ingini adalah perkara yang paling BERMAKNA...
namun,
Meninggalkan sesuatu yang paling berharga juga BUKAN mudah wei...

semuanya berlaku sekelip mata....


 Andainya,


 semua ini adalah satu 'learning process'
aku kena BERANI untuk terima kenyataan hidup.
Kena belajar banyak benda untuk capai apa yang aku impikan
 (Sila buka mata and pandang jauhjauh k aii ).