Wednesday 18 December 2013


"Sometimes an intelligent girl can be the stupides human being because of love.."


setuju tak dengan statement kat atas? tak rasa betul ke? tak rasa ke kekadang, perempuan akan menjadi sangat lemah bila masuk bab-bab cintan hati dan perasaan ni. bijak genius macam mana pun, akhirnya akan buat jugak benda-benda bodoh yang tak masuk dek akal.
 
lemah kan perempuan bila sudah jatuh cinta. 
sebab sedaya upaya dia menjaga pasangannya. Sampai lelaki rimas dan di anggap terkongkong. 
kurang bijak dah perempuan bijak itu. patutnya jangan over protected. biar jugak lelaki melalui life diorang dengan kawan-kawan especially. 
lagipun, perempuan kan pakar dalam memendam perasaan, makan hati. so, pendam  jela kan?


bila ada lelaki mula masuk jarum. memang mula-mula jual mahal. tapi keras macam kerak nasi jek. lelaki hebat dalam bab ayat-mengayat ni. serius. ayat manis sampai boleh kena potong kaki sebab kencing manis. sampai perempuan bijak pun boleh tertipu. boleh tersangkut. jadi buta dah tak tahu mana baik mana buruk. kalau si jejaka ikhlas tanpa secalit penipuan dan kepalsuan takpela. tapi yang memang niat dari azali nak buat main tu..dan sekali lagi perempuan jadi bodoh kan? sampai ada yang give up dalam hidup. pegi bunuh diri sesuka hati. tak kurang yang menangis macam esok dah takde. yang jiwa kacau tak tentu pasal.


"EVEN IF I HAD A MILLION REASON TO LEAVE YOU, I WOULD FIND ONE TO STAY"


sweet tak? sweet kan.tapi cynically, it’s stupid. rubbish. perempuan lemah, sakit hati macam mana pun, terasa makan hati macam mana pun, mata bengkak nangis sorang-sorang pun, masih terhegeh-hegeh setia jugak kat lelaki. sebab ketulusan dan keikhlasan kasih dalam hati dia buat si lelaki. yang dipercayainya separuh mati. sampai bodohnya mereka hingga tergadai maruah diri. yang kemudian habis madu sepah di buang. Salah siapa? perempuan yang di katakan bodoh lah kan?


perempuan terkenal dengan sifat lembut dan mudah terasa serta merimaskan kadang-kadang. kalau ada yang tak kena, mesti merajuk. rimas kan? tapi insan itu jugalah yang akan risau separuh mati bila suaminya nanti sakit. bila suaminya lapar. bebelan yang membingitkan telinga itulah nanti menjadi satu kerinduan buat seorang lelaki bila perempuan miliknya telah tiada. dan kalau dah tau tak sanggup menahan kerimasan dan kejengkelan perempuan, buat apa didekati? buat apa disentuh hati nya? kalau belum sedia, janganlah mencuba. Persoalan di situ. dan pengakhiran sebuah kisah, perempuan jugak di persalahkan, sebab terlalu mengharaplah, gedik atau apa sahaja.  
 
hebat kan lelaki. lemah kan perempuan kerana terlalu mengasihi?


tapi aku akui, bukan semua lelaki begini,bukan semua wanita begitu.
 
 
kesimpulannya, tak usahlah terlalu mencari cinta manusia. sebab dah memang tertulis di loh mahfuz siapa yang akan menjadi teman sehidup dan semati kita. tunggu masa jak.
kejarlah cinta hakiki milik Ilahi. Jangan dustakan cinta-Nya.


    menjadi peringatan diri sendiri juga. Sekian

No comments:

Post a Comment