Monday, 17 February 2014

Resepi Ais Krim Oreo


Pernah rasa tak aiskrim oreo yang ada kat McD tu ?
rasa tak kenikmatan dia macam mana.........
semalam aku ada try wat aiskrim ni.... 
buat punya buat, ingatkan tak menjadik . rupanya menjadik jugak .

bahan-bahan yang aku guna simple jerk. 

 Susu UHT penuh krim

 Susu pekat F&N 
(ni kire amik separuh jek la. lau guna semua silap-silap kena potong kaki woo.~)

 Ovalet.
(ni pungsi dia untuk bagi keras ais tu . so agak2 la nak taruk macam mane ye . 
sesudu ke, dua sudu ke.... dah beso kan, mesti taw dah nak agak camane. huhak )

 Biskut OREO
 (hah. dan ni kira heroin la dalam bahan bahan yang telah dinyatakan diatas
. sebabnye kalau dia ni takde, bermakne dia dah tak jadikk eskerim oreo dah. dia jadi eskrim vanila . jadi kalau nak tukar biskut len , 
pastikan tajuk dia pun bertukar jadik nama eskrim yang korang tukar tu.......)

ok .
Mula-mula , kita hancurkan biskut Oreo tu dalam satu bekas. jangan hancurkan sampai lumat plak. hancur-hancur manje jerk . haha
nampak tak kehancuran dia yg ala-ala manja tu . wahahaa. 

kemudian. sediakanla blander . xnak guna blander pun takpe . kacau-kacau gtu pun boleh. tapi makan masa la. kalau buat pagi mebi tengahari pun x gebu lagi . sebab kite nak aiskrim yg gebu-gebu ala-ala baby korea gtu.. cewah....

so...aku masukkan SUSU UHT tu kat dalam blander bersama-sama susu Penuh Pekat tadi.
lupe plak nak amik gambar susu Penuh Pekat tu.

 pahtu, aku masukkan ovelet 2 sudu.
*blander la dengan berhati-hati.

 Kemudian, aku masukkan sedikit oreo yang aku hancurkan td. sedikit jer . 
bukan semua.
*blander lagi.

pahtu aku masukkan semua oreo td . jangan blanderr dah .
  just kacaw-kacaw gitu jak guna sudu.

 untuk lebih dramatik lagi, aku guna bekas yang sama semula. haha .
kemudian,  sejuk bekukan dia dalam peti ais beberapa jam sehinggala dia membeku seperti ais krim normal. haha . cam pelik jak ayat aku.


ok done. 
setelah sejuk, bolehlah terus dibaham.
ini setelah dijamah beberapa kali..

selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment